
Siapa yang tidak merasa ghairah pada blog sendiri? Baik! Sila delete blog itu jika tak adakeghairahan langsung.. Haha.. Gurau jer.. Macam mana ek nak mentafsir keghairahan itu? Kena bernafsu habis ke dengan blog sendiri? Tak ghairah tak boleh ada blog la ek?
Er.. Aku selalu macam nie.. Sendiri bagi soalan, sendiri yang jawab! Ok sambung…
Ghairah.. Kalau mengikut bahasa kamusnya ianya bermaksud er…. Cari sendirilah! Malas la nak carik! Haha.. Tapi jika pemahaman yang senang bagi aku ialah – menyukai dengan bernafsu sungguh lah!
Contohnya macam mana en menteil?
1. Bangun tido bukak blog, nak tido bukak blog, sebelum pegi kelas bukak blog, nak pi solat jumaat pun kena bukak blog dulu..
2. Tiap-tiap hari nak update blog.. Bila tak dapat update jiwa mula kacau..
3. Bila idea takde nak update blog mulalah meracau.. Tak habis-habis tekan backspace jer bila menaip.. Hati tak senang sebab tak dapat update..
4. Bila dah kering sangat idea tu, berusaha pulak carik isu-isu semasa yang panas.. Tak kira halal haram, janji “boleh tarik trafik nie” katanya..
5. Isu panas takde pulak time nie.. Try bukak email tengok ada benda best tak yang boleh kongsi.. Janji ada update!
6. Tak jumpa jugak, “ishh!! tak boleh jadi nie.. kena update jugak.. ahhh!! Copy paste entry blog lain jer lah!!” Opss!! Ini keghairahan yang salah ok!
7. Bila dah penat update, mestilah nak bagi orang tengok.. Pegi mana-mana ping site, kasi ping la satu kali!
8. Ouh! Tak puas lagi.. Kasi kecoh sama facebook la pulak.. Kasi ramai lagi masuk!
9. Bila dah rasa cukup, mula lah asyik refresh jer dashboard bahagian admin, tengok adarespon pembaca ke tak.. Hehe..
10. Disebabkan mahu lagi respon, pegi pulak ke blog orang lain.. Kasi tinggal jejak dengan harapan dia pun membalas kunjungan..
11. Ouh.. Tak dapat respon yang baik.. Kaji balik kenapa dan mengapa.. Tengok apa yang kurang..
11. Setiap hari kena tengok pulak analytics google, WPStats, AWstats dan macam-macam stats lagilah! Buat perbandingan semua..
12. Ahh!! Stats yang agak mengecewakan.. Check pulak alexa rank tengok ada perubahan ke tak..
13. Huh! Tak mendatangkan hasil! Tukar theme la macam nie.. Kasi lagi fresh! Berjam-jam nak mencarik tema sesuai..
14. Tambah lagi berjam-jam nak tukar coding semua bagai.. Ishh!!
15. Bila tak dapat online boleh jadi hidup tak tentu arah.. Sampai termimpi-mimpi mahu berblogging.. Parah nie..
Mungkin ada banyak lagi yang boleh korang tambah.. Sebenarnya contoh diatas adalah aku sendiri .. Kecuali no. 6!
Bercerita perlu ke ada keghairahan pada blog sendiri.. Jawapan aku – ya! Kalau tak ada keghairahan itu mungkin kena kaji balik sebab apa penubuhan sesuatu blog itu..
Jika seseorang itu ghairah pada blog tapi tidak gilakan trafik, itu mustahil bagi aku.. Mahu memperlekehkan soal trafik kononnya cool! Haha.. .
jgn terlalu ghairah...hehe...
ReplyDelete